Mari saya tuliskan ebook untuk anda

Saturday, 27 December 2025

Pencapaianku untuk 2025





Alhamdulillah..untuk tahun 2025 banyak perubahan yang aku alami. Terutamanya selepas aku kurangkan masa layari media sosial.

1. Resume

Ya..setelah berkurun-kurun lamanya, akhirnya aku berjaya perbaharui resume aku. 

Aku pilih Canva untuk cantikkan resume. Semua perihal penulisan, rekod dan pencapaianku dalam pertandingan menulis aku masukkan dalam resume. Misi aku sekarang adalah untuk menjadi penulis upahan.

2. Artikel

Antara pencapaian terbaikku adalah aku berjaya tulis artikel. Artikel aku bukan janaan AI ya...

Aku target untuk hantarkan artikel itu dengan resume suntingan terbaru ku. Mana tahu aku boleh dilantik menjadi penulis tetap untuk penerbit tu.Huhu..

Teringat momen zaman bujang, dengan tulis artikel inilah aku buat duit.

3. Servis menulis surat

Aku mula terbit idea nak buat servis ini setelah aku banyak tolong bapa mentuaku tulis surat.

Bapa mentua ku itu setiausaha JPKK kampung. Banyak surat yang dia kena hantar kepada agensi kerajaan. Objektifnya untuk kebajikan orang kampung.

Contohnya kena tulis surat untuk minta peruntukan baiki jalan, renovasi tandas masjid dan buat program untuk anak muda.

Setakat ni, aku buat hebahan secara umum dahulu. Harap-harap, suatu hari nanti adalah rezeki untuk aku dapat jana duit daripada servis ini.

4. Penulis upahan

Dan perkara paling baharu dalam hidup aku selepas aku fokus kepada kerjaya penulisan ialah ada orang nak upah aku menulis.Oh..gembira sungguh hati ini.

Ini satu pengalaman baru untuk aku. Mengambil upah menulis ebook pasti ada cabarannya.Tetapi aku yakin, hanya dengan cabaran, pasti ada 'grow'.

Alhamdulillah untuk 2025 Semoga tahun 2026 aku boleh terbitkan buku baharu kepada pembaca buku.

Alia Basirah WM
Terus berkarya

Wednesday, 17 December 2025

Cerita Disember

 Time is ticking

But memories remains


Birthday Kak Mayra

Hari anugerah kak Mayra

Sunday, 14 December 2025

Aku penulis upahan

 



Hari ini dah masuk bulan Disember...aku tak sempat post apa-apa lagi dalam blog aku...


Nak tahu tak kenapa?


Aku sedang fokus dengan kerja penulis upahan.


Ada orang upah aku untuk tulis ebook untuk 30 muka surat...


Ini kali pertama aku cuba beranikan diri aku untuk "approach" klien dan dia bersetuju.


Kini ebook dah siap 80 peratus..In sha Allah, ada sikit lagi.


Menjadi penulis upahan kali ini memang aku sangat bergelut dengan waktu.


Aku hanya ada waktu malam untuk benar-benar fokus pada penulisan aku.Siang memang tak sempat sebab aku fokus anak-anak dan kerja rumah sahaja.


Aku jenis tak taip terus idea. Aku akan tulis draf dahulu atas kertas, lepas tu baru taip dalam komputer.


Nasib baik topik ebook ni mudah.Kebetulan buku yang aku beli banyak kaitan dengan topik yang ditulis.


Jadi, sumber rujukan dah ada. Tinggal nak ekstrak idea sahaja.Terima kasih Ya Allah kerana permudahkan urusan hambamu ini.


Aku rasa macam dalam fasa keluar daripada zon selesa.Tapi aku suka. Sebab aku sedang menyesuaikan diri dengan jadual baharu.


Aku belajar urus masa untuk buat apa yang aku suka (dan jana duit daripadanya), dan dalam masa yang sama aku boleh jaga anak dan keluarga aku.


Alhamdulillah.


Selama ini aku berpengalaman ambil upah tulis artikel sahaja. Kali ini ada rezeki ambil upah tulis Ebook pula.Tak adalah banyak mana pun upahnya cuma yang penting aku capai kepuasan dan aku boleh perkasa (upgrade) bakat penulisan aku.


Duit itu juga sebagai extrinsic motivator untuk aku. Bolehlah aku guna untuk keperluan penulisan aku akan datang.


Mungkin untuk beli laptop sendiri atau masuk kelas penulisan.


Sejuta terima kasih juga untuk suami aku yang banyak sokong aku dari segi teknikal walaupun banyak juga dia tak puas hati dengan hobi aku ni..haha


Alia Basirah WM

Penulis upahan amatur

Post terbaru

Pencapaianku untuk 2025